Khamis, 14 Julai 2016

KEMBARA MINDA KELAB 1 MALAYSIA DAERAH SEGAMAT 2016

6:05 PTG 0 Comments
Assalamualaikum....
Kepada pembaca blog yang menanti coretan Aznie , saya mohon maaf kerana banyak kekangan yang menimpa sehingga tidak sempat untuk Blog Harlequin Harebell ni..

Hari ni Aznie nak cerita tentang pengalaman Aznie & 3 rakan kelab 1 Malaysia pergi ke Kuala Kangsar,Perak  selama 3 hari (29/3 - 31/3). Pengalaman yang sangat mengembirakan kerana kami menaiki kereta api. Sejujurnya saya tidak pernah menaiki kereta api , itu adalah kali 1 , dengan perasaan yang sangat teruja & teharu kerana berpeluang & terpilih...

29/3 (Selasa)
  • 6 petang - Kami berkumpul di Pejabat             Penerangan Daerah Segamat bersama sekolah lain sekitar daerah Segamat. Kami dari SMK Pemanis 4 wakil sahaja , 2 lelaki & 2 perempuan beserta seorang guru , Cik Azila Ibrahim..         
    Stesen Kereta Api Segamat..
  • 7.30 malam - Solat maghrib , makan malam
  • 8.45 malam - Kami bertolak ke stesen kereta api di Segamat  untuk ke Kuala Kangsar menaiki KTM Ekspress Peninsular (9.09 malam)
  • Perasaan memang gembira walaupun tak nampak apa-apa di tingkap hanya kegelapan sahaja menemani kami , tetapi sebaliknya di dalam kereta api sangat riuh-rendah memecah kesunyian kami...
30/3 (Rabu)
  • 5.30 pagi - Tiba di Stesen Kereta api Kuala Kangsar. Wah!!! saya bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi , walaupun ngantuk tapi berasa sangat gembira..
Stesen Kereta Api Kuala Kangsar...
 

  • 6 pagi - Check In di Sayong Resort & solat subuh. Lepas itu , kami berehat sementara nak turun ke lobby.. Kami dari SMK Pemanis hanya 2 orang wakil sahaja iaitu Aznie & Asmah , maka kami dapat kawan baharu dari Sekolah Buloh Kasap iaitu Fina & Fakhria..
  • 8.30 pagi - Turun ke Kafe untuk menikmati sarapan pagi...Walaupun kami berlainan sekolah , tapi kami mesra sesama sendiri..Sejujurnya , juadah sarapan pagi yang sangat menyelerakan macam kuey teow goreng basah , nasi goreng , mi goreng & kuih-muih yang sedap..
  • 9.15 pagi - Berpeluang untuk mengambil gambar tanda kenang - kenangan serta dapat melihat keindahan alam sekitar Sayong Resort.. Suasana yang sangat damai di pagi hari & dapat hirup udara segar kerana resort tersebut berdekatan dengan sebuah tasik yang sangat cantik..
    Persekitaran Sayong Resort..
    Aznie nak cakap sesuatu...
    Board Sayong Resort..
  • 10 pagi - Kami hendak menjelajah & melawat ke SMK Temenggong , Kati , Kuala Kangsar , Perak..Tujuan tidak lain tak bukan hendak mengadakan program interaksi antara Segamat & Kuala Kangsar.. Sekolah itu juga mempunyai sebuah Galeri Seni Warisan yang sangat cantik , terasa berada di dalam mini muzium... Disini pelbagai hasil seni yang dapat dilihat dari persatuan Kelab 1 Malaysia...             
SMK Temenggong , Kati , Kuala Kangsar , Perak

 
 
 
Kami dapat cenderahati buat kenangan. Happy!!!
  • 12.30 tengah hari - Balik ke Sayong Resort untuk makan tengah hari.. Masya Allah , sedapnya juadah yang disediakan.Banyak pulak tu..Kekenyangan saya dibuatnya...
  • 1.00 petang - Balik ke bilik masing-masing.. Kami terpaksa berehat kerana kepenatan & kekenyangan. Masuk waktu solat zohor , kami solat berjemaah..
  • 3.00 petang - Sebelum ke Galeri Sultan Azlan Shah , kami singgah sekejap di Win Kraf  (menjual , membekal , pembuatan labu sayong). Apabila kami tiba di sana , Ya Allah , rambang mata dibuatnya , tak tahu nak pilih yang mana untuk dibawa balik tanda kenangan. Tak dapat beli dapat bergambar pun okay je sebenarnya.. Akhirnya , saya memilih sebuah labu sayong untuk di jadikan hadiah untuk ibu dari Kuala Kangsar..
    Cara memproses labu sayong edisi kecil.
    Nampak tak mata Aznie bercahaya sebab
    rambang mata tengok semua pasu ni.
    Contoh pasu yang dihasilkan
    oleh Win Kraf sendiri.. Sangat cantik..
    Lalu sini cantik , lalu sana cantik
    Hai yang manalah menjadi pilihan di hati.
  • 3.30 petang - Kami berkumpul di lobby untuk lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah.. Serius galeri ni cantik sangat sebab sebelumnya galeri itu merupakan kediaman rasmi Sultan Azlan Shah sekeluarga..Sejujurnya kami 4 orang tak pernah nak berpisah sebab takut sesat.. Tapi pada realitinya , kalau dah berjalan tak tahu mana jalan masuk tadi , sekejap tembus sana , sekejap tembus sini , aduh peningnya...
Galeri Sultan Azlan Shah , Kuala Kangsar , Perak...

 
Labu Sayong Gergasi & anak-anaknya di SAS, Perak...
 
Pokok Fantasi di Kuala Kangsar.
 
Aznie akan merindui SAS , Kuala Kangsar , Perak

Pintu utama Galeri Sultan Azlan Shah..
Dari kiri Asraf , Aznie , Asmah , Cikgu Azila , Fikri..
SMK Pemanis & Sekolah Gemereh.

Ini baru pasu di sekeliling Galeri Sultan Azlan Shah
pun dah lawa..
  • 4.45 petang - Singgah di Masjid Ubudiah untuk solat Asar berjemaah. Ya Allah rumah Allah ini sangat indah & ketika berada didalamnya sangat tenang ditemani ukiran kayu ayat suci Al- Quran, batu-batuan marmar & struktur masjidnya yang sangat kreatif... Terasa tenang ketika solat..
    Masjid Ubudiah , Kuala Kangsar.
  • 5 - 6.30 petang - Bersantai & berjalan di Dataran Sg Perak. Kami jalan-jalan sampai melihat disekeliling. Kami juga membeli sedikit cenderahati untuk rakan & guru. Kami juga menikmati Laksa Perak , rupanya laksa itu dari tepung gandum , tapi apa pun sedap je kalau dah masuk kat tekak ni... Terima kasih cikgu sebab belanja kami makan... Kami berjalan masing-masing & sentiasa setia berlima.. Di sini kalau waktu petang orang memang ramai.. Tapi kali ni kami tolong cikgu bawa barang , giliran kami pula yang melayan cikgu beli barang sampaikan cikgu terpaksa beli beg yang sangat besar untuk angkut barang...
  • 7.00 malam - Sampai ke Sayong Resort untuk berehat & solat maghrib. Perasaan memang penat tapi sangat seronok. Selapas solat kami berehat seketika sementara menunggu untuk turun ke lobby.
  • 8.30 malam - Kami turun ke kafe untuk menikmati hidangan makan malam Muhibbah serta Majlis Perpisahan. Pada malam ini , saya mempunyai banyak perasaan antaranya , gembira , sedih , terharu kerana ini adalah malam terakhir kami berada di sini. Kami juga dihidangkan dengan makanan yang sangat enak , banyak , sedap sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.. Pada malam ni juga , kami mendapat cenderahati dari pihak Pejabat Penerangan Kuala Kangsar.. Hadiahnya sangat istimewa & berharga bagi saya..
  • 10.30 malam - Balik ke bilik masing-masing untuk tidur.. Kami masuk bilik solat isyak dahulu kemudian kami bukan tidur , kami berbual , menonton TV bersama-sama kerana kami akan merindui rakan sebilik kami dari sekolah Buloh Kasap itu... Malam itu juga , kami mula untuk mengemas barang di dalam beg , kerana esok pagi kami bertolak awal untuk pulang ke Segamat..
  • 12.30 malam - Kami tidur...    
31/3 (Khamis)
  •  6.00 pagi - Kami bangun , mengurus diri serta solat subuh berjemaah. Sementara menunggu untuk turun ke lobby kami mengambil gambar berempat sebagai tanda kenangan di Sayong Resort ini..
    Inilah sahabat karib kami di Kuala Kangsar
  • 8.00 pagi - Kami turun ke lobby dan ke kafe untuk menikmati sarapan pagi yang baunya dapat dihidu dari jauh...
  • 8.30 pagi - Kami mengambil barang di bilik masing-masing & check out. Sedih sebab saya sendiri yang mewakili bilik itu untuk check out dari Sayong Resort. Sebelum bertolak kami mengambil gambar di kaunter Sayong Resort tanda penghargaan & terima kasih pada pihak resort.
    Selamat Tinggal Sayong Resort..

    Galeri Soyong..
  • 9.00 pagi - Kami menaiki bas untuk bertolak ke stesen kereta api Kuala Kangsar.
  • 9.30 pagi - Tiba di stesen kereta api Kuala Kangsar untuk menunggu masa menaiki kereta api pada masa yang sepatutnya.. Perkhidmatan yang selesa kerana ruang menunggu ada penghawwa dingin.. Sebelum tu apa lagi bergambarlah..
    Pesrta yang menyertai Kembara Minda 1 Malaysia 2016
     
  • 9.53 pagi - Giliran kami sudah dipanggil. Kali ini kami menaiki kereta api KTM Tren Rakyat di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar balik ke Segamat. Di sini juga kami ambilgambar lagi.. Rasanya semua tempat nak ambil gambar untuk tanda kenangan kami bila kami balik ke Segamat nanti.
    KTM Tren Rakyat...


    Terima kasih kepada cikgu Azila yang selalu melayan kerenah kami di sana , beliau juga menjadi sahabat akrab kami. Terima kasih juga sebab sudi temankan kami menyertai lawatan ini.. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Penerangan Daerah Segamat & Kuala Kangsar yang sudi menaja kami ke sana & menyediakan penginapan yang sangat selasa.. 
     
    Rasanya sampai di sini sahaja nukilan yang dapat Aznie kongsikan untuk rakan setia blog Harlequin Harebell.. Kalau ada kesempatan Insya Allah Aznie akan kongsikan pengalaman yang indah bersama anda...
     
    Dari Pencinta bunga ~Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin~

    Pada kesempatan bulan Syawal ni Aznie nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin...
     

Sabtu, 19 Disember 2015

KEPUTUSAN PT3

5:39 PG 0 Comments
      
Assalamualaikum semua....
Pejam celik , pejam celik tak sangka saya & pelajar Tingkatan 3 yang lain telah mengambil keputusan PT3 pada 14/12/2015.

Rasa takut dan gelisah sentiasa di selubungi dalam diri tetapi masih terdapat perasaan teruja untuk tahu adakah saya mendapat keputusan yang baik ataupun tidak...




PELAJAR CEMERLANG PT3 SMP...


Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana engkau memberi kejayaan yang setimpal atas segala usaha gigih & pengorbanan hamba selama ini...
Saya bersyukur kepada Allah kerana saya merupakan salah satu pelajar cemerlang PT3...
Ya Allah hanya engkau sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hati hamba ini.

Saya nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan saya , sepupu saya dan kepada semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia yang telah melakukan sehabis baik hingga mendapat kejayaan yang cemerlang , semoga anda semua dapat melakukan yang terbaik untuk SPM akan datang...

  
Terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar saya tak kira penat lelah , anda semua sentiasa berkorban demi kejayaan anak didikmu..Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada ibu abah kerana sentiasa menyokong & mendorong anakmu ini tak kira sama ada dia sedang jatuh atau berdiri , sentiasa melayan kerenah anakmu ini tanpa jemu...Tidak dilupa juga kepada sahabat DELIGHT yang sentiasa memberi sokongan positif untuk mendorong rakannya ke arah kejayaan...

Rasanya sampai disini sahaja nukilan saya pada kali ini , harap-harap peristiwa indah ini akan berulang semula... Harap-harap lain kali kita jumpa lagi untuk share result SPM pulak... Selamat tinggal Blog Harlequin Harebell...I always love & miss you...


Selasa, 27 Oktober 2015

SELAMAT HARI LAHIR...

5:38 PG 0 Comments
Assalamualaikum....
Diucapkan khas untuk pembaca blog yang setia. 
Hari ni saya nak cakap yang masa berjalan terlalu pantas pada tahun ni , tak tahu sebab apa...Bagi saya mungkin disebabkan tahun ni saya menduduki peperiksaan PT3...                                                                                                
Tapi yang gembiranya tarikh yang saya nanti - nantikan sudah tiba (24/10/2015) iaitu HARI LAHIR AZNIE KE-15 dan telah saya lalui dengan perasaan yang sangat gembira hingga tidak terkata di samping keluarga tercinta...

HAPPY BIRTHDAY AZNIE...


    • Semoga saya dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki oleh  Allah serta saya sentiasa berada dibawah perlindungannya...
    • Diharapkan semoga Allah mempermudahkan segala urusan sama di dunia atau di akhirat...
    • Semoga saya sentiasa berbahagia dan gembira selalu di  samping keluarga tercinta...
    • Tidak dilupa juga semoga saya mampu tertawa & tersenyum bersama keluarga DELIGHT dan diharapkan agar persahabatan ini akan berkekalan hingga ke jannah...                                                                                                                                                                                      Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih meminjamkan  hamba nyawa untuk menyambut hari lahir ke-15 pada hari  Sabtu yang lalu...Hari yang sangat bahagia buat diri saya  kerana bukan sahaja ahli keluarga malah kawan-kawan  terutama DELIGHT , guru-guru , saudara-mara & sahabat  handai yang lain masih mengingati hari lahir saya...  Terima kasih pada semua yang wish birthday saya kerana anda  semua mendoakan kesejahteraan diri saya...    Kepada ahli keluarga , walaupun tidak sambut majlis ini secara  besar tetapi bagi saya sangat meriah & banyak  kenangan...  Terima kasih kepada ayahanda yang sanggup membeli  pelbagai juadah yang enak, kepada bonda terima kasih kerana memberi  sehelai shawl yang sangat cantik dan kepada abang  terima  kasih kerana belanja sate , dan tidak di lupa juga  kepada  sahabat yang wish birthday saya , saya mengucapkan  ribuan  terima kasih atas penghargaan anda kepada saya...                                                                                                                                                 Sekian , Terima Kasih.....