Sabtu, 19 Disember 2015

KEPUTUSAN PT3

      
Assalamualaikum semua....
Pejam celik , pejam celik tak sangka saya & pelajar Tingkatan 3 yang lain telah mengambil keputusan PT3 pada 14/12/2015.

Rasa takut dan gelisah sentiasa di selubungi dalam diri tetapi masih terdapat perasaan teruja untuk tahu adakah saya mendapat keputusan yang baik ataupun tidak...




PELAJAR CEMERLANG PT3 SMP...


Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana engkau memberi kejayaan yang setimpal atas segala usaha gigih & pengorbanan hamba selama ini...
Saya bersyukur kepada Allah kerana saya merupakan salah satu pelajar cemerlang PT3...
Ya Allah hanya engkau sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hati hamba ini.

Saya nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan saya , sepupu saya dan kepada semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia yang telah melakukan sehabis baik hingga mendapat kejayaan yang cemerlang , semoga anda semua dapat melakukan yang terbaik untuk SPM akan datang...

  
Terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar saya tak kira penat lelah , anda semua sentiasa berkorban demi kejayaan anak didikmu..Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada ibu abah kerana sentiasa menyokong & mendorong anakmu ini tak kira sama ada dia sedang jatuh atau berdiri , sentiasa melayan kerenah anakmu ini tanpa jemu...Tidak dilupa juga kepada sahabat DELIGHT yang sentiasa memberi sokongan positif untuk mendorong rakannya ke arah kejayaan...

Rasanya sampai disini sahaja nukilan saya pada kali ini , harap-harap peristiwa indah ini akan berulang semula... Harap-harap lain kali kita jumpa lagi untuk share result SPM pulak... Selamat tinggal Blog Harlequin Harebell...I always love & miss you...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan