Diucapkan khas untuk pembaca blog yang setia.
Hari ni saya nak cakap yang masa berjalan terlalu pantas pada tahun ni , tak tahu sebab apa...Bagi saya mungkin disebabkan tahun ni saya menduduki peperiksaan PT3...
Tapi yang gembiranya tarikh yang saya nanti - nantikan sudah tiba (24/10/2015) iaitu HARI LAHIR AZNIE KE-15 dan telah saya lalui dengan perasaan yang sangat gembira hingga tidak terkata di samping keluarga tercinta...
- Semoga saya dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki oleh Allah serta saya sentiasa berada dibawah perlindungannya...
- Diharapkan semoga Allah mempermudahkan segala urusan sama di dunia atau di akhirat...
- Semoga saya sentiasa berbahagia dan gembira selalu di samping keluarga tercinta...
- Tidak dilupa juga semoga saya mampu tertawa & tersenyum bersama keluarga DELIGHT dan diharapkan agar persahabatan ini akan berkekalan hingga ke jannah... Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih meminjamkan hamba nyawa untuk menyambut hari lahir ke-15 pada hari Sabtu yang lalu...Hari yang sangat bahagia buat diri saya kerana bukan sahaja ahli keluarga malah kawan-kawan terutama DELIGHT , guru-guru , saudara-mara & sahabat handai yang lain masih mengingati hari lahir saya... Terima kasih pada semua yang wish birthday saya kerana anda semua mendoakan kesejahteraan diri saya... Kepada ahli keluarga , walaupun tidak sambut majlis ini secara besar tetapi bagi saya sangat meriah & banyak kenangan... Terima kasih kepada ayahanda yang sanggup membeli pelbagai juadah yang enak, kepada bonda terima kasih kerana memberi sehelai shawl yang sangat cantik dan kepada abang terima kasih kerana belanja sate , dan tidak di lupa juga kepada sahabat yang wish birthday saya , saya mengucapkan ribuan terima kasih atas penghargaan anda kepada saya... Sekian , Terima Kasih.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan